widgets

Kamis, 27 Februari 2014

Penjara Buat Kesopanan














kesopanan yang terpenjara,
bebas pada hakikatnya,
besi-besi keangkuhan,
lalu diranten kemunafikan,
membuat kesopanan itu terpenjara,
tapi bebas pada hakikatnya,

penjara yang hanya dirasai hati,
penjara-penjara janji,
selalu anggun dalam kesamaran,
gagah dengan kesombongan,
biar luka sudah berkurun lamanya,
kesakitan mulai hilang deria rasa,

kesopanan yang di penjara,
tetapi bebas pada hakikatnya,
sentiasa mencari kesilapan,
walau diri terjerat mimpi,
mimpi akan kerakusan nafsu,
nafsu yang bisu,
bisu kerana ketakutan,
takut akan keangkuhan,

nafsu terus membisu kerana takutkan keangkuhan,
keangkuhan kini menjadi raja,
raja kepada nafsu yang membisu,
kesopanan pula dipenjarakan,
angkara nafsu bisu terus membisu,
kesopanan tiada pembelaan

kesopanan yang terpenjara,
tapi bebas pada hakikatnya,


S.A.H

Tidak ada komentar:

Posting Komentar